Daging ‘harimau menangis’ laris sepanjang bulan Ramadan
KOTA
BHARU- Daging lembu yang bercampur lemak tidak tepu atau dikenali
sebagai daging ‘harimau menangis’ menjadi rebutan pada bulan puasa
memandangkan bahagiannya yang terhad pada seekor lembu.
Peniaga
daging, Mohd Rozi Abdullah, 46 berkata, kebanyakan pelanggan di
gerainya yang terletak di Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa, di sini
lebih gemar mendapatkan bahagian itu untuk dimasak secara bakar.
“Di
Kelantan, daging ini lebih dikenali sebagai ‘daging senonok’ dan ada
pula yang memanggilnya ‘daging batang pinang’ yang biasanya dibakar
berempah untuk dijadikan lauk dalam nasi kerabu.
“Daging
ini bercampur lemak tidak tepu dan ada juga di kalangan pelanggan yang
gemar membakar daging ini untuk dicicah dengan air asam,” katanya kepada
Sinar Harian, di sini.
Mohd Rozi berkata, permintaan daging itu dua kali ganda pada bulan puasa berbanding hari biasa.
Menurutnya,
daging tersebut dijual dengan harga RM20 sekilogram dan ia terhad
kerana kedudukannya hanya berada dua bahagian pada seekor lembu yang
disembelih.\
“Daging
ini terletak di bahagian celah paha bahagian kaki belakang lembu dan
biasanya bagi penggemar daging ini, mereka mendapatkannya seawal jam 8
pagi,” katanya.
Dia
yang sebelum ini meniaga ayam di pasar itu (pada hari biasa) mengambil
inisiatif meniaga daging lembu ‘harimau menangis’ bagi memenuhi
permintaan pelanggan.
Katanya,
sejak meniaga daging tersebut bulan ini, ia memberi kepuasan kepadanya
dan berhasrat meneruskan perniagaan berkenaan bergantung pada permintaan
pembeli.
0 komentar:
Posting Komentar