Seorang
penganggur berusia 26 tahun dari Kampung Nibong tergamak melibas ibu
kandungnya menggunakan sebilah sabit hanya kerana duit.
Dalam
kejadian kira-kira jam 8.30 malam 22 Julai lalu, ibu malang berusia 54
tahun itu diselamatkan suaminya, seorang petani berumur 57 tahun dengan
terus membawanya bergegas keluar dari rumah.
Ketua
Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim
berkata, suspek dipercayai secara tiba-tiba naik berang lalu terus
mengamuk setelah hasratnya untuk mendapatkan wang daripada bapanya tidak
dapat dipenuhi.
“Terdahulu,
suspek meminta duit daripada bapanya dan diberikan sebanyak RM40,
tetapi dia tidak berpuas hati lalu meminta lagi RM10. Bapanya tidak
dapat tunaikan kehendaknya kerana tidak mempunyai duit dan secara
tiba-tiba suspek naik angin.
“Suspek
mengamuk dengan mengambil sebilah sabit pemotong buah kelapa sawit
sepanjang kira-kira dua kaki dari biliknya, dan terus meluru ke bilik
ibunya dengan mengancam hendak menetak serta membunuh,” katanya.
Mohd Ismail berkata, suspek kemudiannya melibas dan libasannya terkena dinding bilik ibunya.
Bagaimanapun,
bapa suspek berjaya membawa isterinya keluar dari rumah sebelum membuat
laporan di Balai Polis Kuala Berang,” katanya pada sidang media di Ibu
Pejabat Polis
Daerah Hulu Terengganu, di sini, semalam.
Menurutnya,
sehari selepas kejadian iaitu kira-kira jam 4.45 petang, suspek berjaya
ditahan polis di hadapan Balai Polis Kuala Berang dan keesokan harinya
pula suspek membawa polis ke rumahnya kira-kira jam 4.45 petang.
“Ketika
tiba di rumahnya, suspek menunjukkan senjata digunakan dalam kejadian
yang diletakkan di tepi dinding sebelum dirampas polis. Ujian air
kencing mendapati suspek positif methamphetamine.
0 komentar:
Posting Komentar