Ini
adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar
Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan
benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di
Malaysia.
Ceritanya
begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia
yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk
mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam
tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji yang
meninggal dunia di Mekah….
Cara
yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam
lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan.
Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan
mayat yang baru.
Pada
hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang
baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat
sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini
memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan
lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang
bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran
tersebut memang yang asli.
Selepas
dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu
lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya
juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara
mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah
dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki
berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada
tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan
Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan
duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.
Itulah
kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang
membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah… .
Selepas
peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan
agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan
kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan
ikhlas bekerja keranaNya.
0 komentar:
Posting Komentar